Monday 16 December 2013

selamat tinggal 2013.. selamat datang 2014..


2013.. Macam-macam benda jadi sepanjang tahun nie.. Semuanya atas kehendak Allah.. Pejam celik dah nak berakhir tahun 2013 nie.. Tak sangkakan, aku rasa baru nak ambil SPM.. Cepat sungguh masa berlalu.. Betullah apa orang kata masa mendewasakan kita.. Umur pun bukan makin berkurangkan, makin meningkat.. Dulu 17 tahun, sekarang dah 18 tahun, akan datang nie 19 tahun.. Bila umur meningkat fikiran pun kena matanglah.. Bukan tu jew macam-macam benda lagi yang aku kena ubah..






Nak berubah nie tak susah yang penting kita kena tetapkan hati kita pada Allah.. Semoga Allah memberi
keredaan atas segala usaha yang kita lakukan.. Allah akan bantu hamba-Nya yang ingin berubah..




Macam-macam benda jadi sepanjang perjalanan hidup aku dalam tahun 2013 nie.. Aku belajar erti persahabatan, erti kegagalan dan kejayaan.. Aku juga belajar menjadi muslimah yang sejati.. Walaupun payah aku tetap berusaha..


 Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah, diatas segala yang telah kau kurniakan kepadaku.. Aku bersyukur kapadaMu..


semua yang berlaku diatas kehendak-Nya

2013 nie akan menjadi kenangan yang indah yang aku akan simpan didalam ingatan aku.. Kita pun tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan, jadikan masa silam sebagai paduan dan pengajaran supaya di masa yang mendatang tidak akan berulang kesilapan yang pernah kita lakukan dulu..


Ciptalah kenangan yang indah.. LENSA KEHIDUPAN 2013..




Ada kalanya ketawa ada kalanya menangis.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Amat sukar untuk melupakan seseorang yang banyak memberi kenangan dalam kehidupan kita, dan kenangan itu adalah harta yang paling indah..

Hari Raya Aidilfitri..


Abah & Mak

Siblings
Me, Along, Adik, Angah
Sambutan hari raya
Ekin, Kak Atie, Kak Atin, Tina, Nadiah, Beila, Aina
Nadiah, Emy, Aina, Tina, Beila


Beraya di rumah cikgu

Jamuan Tingkatan 6..


Jamuan di Nasi Arab Damsyik

Tina, Aina, Beila, Miera, Ekin, Emy, Nadiah

Tina, Aina, Beila, Miera, Emy, Ekin, Nadiah

Tina, Me, Beila

Gift from prauniversity club

Ke Johor Bahru


At Danga Bay
Ekin, Tina
Last day
Me, Ekin, Tina
Konvo Angah



Abah, Angah, Mak

My Family
Along, Angah, Mak, Abah, Me, Adik
Wan, Angah

We are En.Abdul Razak & Pn.Siti Hawa childrens

We are siblings

My Heroes 
Angah, Along
Along, Wan, Angah

Happy Family


Kenangan yang indah akan selalu dihati..

Semoga 2013 ini akan menjadi kenangan dan pengajaran bagi aku.. Hari berganti hari semakin hampir 2014.. Semoga Allah akan memberikan yang lebih baik untuk seterusnya.. Aku harap tahun 2014 akan hadir ada sinar kejayaan untuk aku.. Semoga Allah memberikan kejayaan untukku..





Tidak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan.. Berdoalah, Allah sentiasa ada untuk hamba-Nya..
Allah telah merancang yang terbaik untuk hamba-Nya.. Hanya Allah yang Maha mengetahui..




 Sungguh takku sangka yang aku akan menduduki STPM, walaupun STPM kini telah berbeza tetapi ia tetap mencabar.. Alhamdulillah aku telah pun menjalani STPM untuk penggal yang pertama akan datang penggal dua dan tiga.. Aku akan berusaha.. Semoga kejayaan milik kita bersama..
 D . U . I . T .. Doa . Usaha . Ikhtiar . Tawakal




WELCOME 2014....
Tinggalkan segala keburukan dan kejahilan pada 2013 dan bawa elemen positif sifat mahmudah pada tahun 2014..


-CONTENGAN JALANAN-

Tuesday 13 August 2013

meniti kejayaan

 ...Sekali gagal tak bermakna akan gagal selamanya betul tak.. Belajar dari kesilapan.. Percayalah allah telah aturkan yang terbaik untuk hamba-Nya.. Mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian itu.. Bersyukurlah dengan apa yang allah berikan.. Nak menyesal pun dah tak ada gunanya..




...aku ingatkan aku dah tak payah sekolah lagi.. hrrrrmmm.. harapan jew larh.. Dulu SPM tak nak buat betul-betul, nasib aku larh.. Masuk form 6 pun boleh belajar juga.. tak kisah larh orang nak cakap apa pun.. Belajar dekat mana-mana pun sama juga asalkan aku belajar.. Aku harap aku takkan kecewakan mak abah aku lagi.. Aku rindu dekat kawan-kawan aku.. Dulu dormmate aku 19 orang, classmate 27 orang.. Sekarang dormmate aku 3 orang, classmate 13 orang.. hhrrrrrmmm.. Rindu dekat DormOneLegacy, Dorm seven, kelas perdagangan 1 dan kenangan di TJTI 11/12.. Aku still lagi dekat TJTI, sambung form 6 pulak.. Mungkin rezeki aku ada dekat sini.. Semoga berjaya kawan-kawan.. SEE YOU DI IPT !!!




Life is like a camera...
FOKUS on what's important,
CAPTURE the good times,
DEVELOP from the negatives,
and if things don't work out,
TAKE ANOTHER SHOT...

Lepas ini aku kenalah belajar bersungguh-sungguh, tak akan aku nak dapat keputusan macam tu lagi kan?? Prauniversiti 2013/2014 aku akan berusaha untuk buktikan yang aku boleh..


PRAUNIVERSITI 13/14.. Semuanya berlainan, memang tak sama macam form 4 & form 5.. Kena usaha lebih banyak membaca, kena tahu pengetahuan am, tahu isu-isu semasa.. Bukan belajar jew lain uniform pun lain tapi lain dekat kain jew larh sebab form 6 pakai kain hitam.. Kawan-kawan pun lain.. Setiap orang itu ada perbezaan dan kelebihan masing-masing..

Depan sekolah.. Hari terakhir syida
-Nadiah.Cyra.Aina.Syida.Tina.Emy-
Dalam kelas
-Beila.Tina.Me.Aina.Nadiah-


Dalam makmal
-Cyra.Aina.Nadiah.Tina.Syida-



Dormmate
-Nadiah.aku.Tina.Syida-

Masa karnival


Semoga aku dengan kawan-kawan aku berjaya dalam STPM ini.. akan datang STPM penggal 1 aku harap aku boleh buat yang terbaik..  Segala yang dirancang hanya akan terjadi jika diizinkan-Nya.. Sampai di sini jew larh coretan untuk kali ini.. Contengan Jalanan...


Monday 11 March 2013

akukakinovel


Novel ! Novel ! Novel ! Minat punya pasal berhabis duit pun aku tak kisah..Mak aku punya larh bising sebab aku tak habis-habis beli novel..Lepas tu baca sampai tak ingat dunia..Sampai mak aku cakap "Senang lepas nie tak payah mak masak,makan jew larh novel tu."Mana taknya  bukan aku jew baca novel kat dalam rumah nie abang aku pun join the crew,berhenti bila solat jew makan ke tak pun dah tak kisah..Banyak juga larh novel yang aku dah baca terbitan kakinovel,Jemariseni,Karyaseni,Penulisan2u,alaf21,prima..Banyak novel best-best..

Jemariseni :






 




Kakinovel :













KaryaSeni & Penulisan2u :













tidur pun ada novel dekat sebelah sebab tak sabar nak habiskan novel  punya pasal


Cari larh novel-novel terbaru atau pun mahu membeli secara online di laman berikut..



www.penulisan2u.my
www.alaf21.com.my
www.jemariseni.com
www.karyaseni.my

membaca nie jambatan ilmu..jangan larh asyik baca novel melayu jew..kena baca juga novel english..baru larh boleh improve english..aku nie pun dah berat sebelah asyik baca novel melayu jew..membaca jambatan ilmu..baca larh apa sahaja bahan bacaan sekali pun,insyaallah ilmu kita akan bertambah tak banyak pun sikit..janji ada ilmu yang kita dapat..pupuk larh minat membaca dalam diri anda..aku ni dah macam buat pesanan hikmat masyarakat pula..aku buat nie pun suka-suka jew..