Tuesday 13 August 2013

meniti kejayaan

 ...Sekali gagal tak bermakna akan gagal selamanya betul tak.. Belajar dari kesilapan.. Percayalah allah telah aturkan yang terbaik untuk hamba-Nya.. Mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian itu.. Bersyukurlah dengan apa yang allah berikan.. Nak menyesal pun dah tak ada gunanya..




...aku ingatkan aku dah tak payah sekolah lagi.. hrrrrmmm.. harapan jew larh.. Dulu SPM tak nak buat betul-betul, nasib aku larh.. Masuk form 6 pun boleh belajar juga.. tak kisah larh orang nak cakap apa pun.. Belajar dekat mana-mana pun sama juga asalkan aku belajar.. Aku harap aku takkan kecewakan mak abah aku lagi.. Aku rindu dekat kawan-kawan aku.. Dulu dormmate aku 19 orang, classmate 27 orang.. Sekarang dormmate aku 3 orang, classmate 13 orang.. hhrrrrrmmm.. Rindu dekat DormOneLegacy, Dorm seven, kelas perdagangan 1 dan kenangan di TJTI 11/12.. Aku still lagi dekat TJTI, sambung form 6 pulak.. Mungkin rezeki aku ada dekat sini.. Semoga berjaya kawan-kawan.. SEE YOU DI IPT !!!




Life is like a camera...
FOKUS on what's important,
CAPTURE the good times,
DEVELOP from the negatives,
and if things don't work out,
TAKE ANOTHER SHOT...

Lepas ini aku kenalah belajar bersungguh-sungguh, tak akan aku nak dapat keputusan macam tu lagi kan?? Prauniversiti 2013/2014 aku akan berusaha untuk buktikan yang aku boleh..


PRAUNIVERSITI 13/14.. Semuanya berlainan, memang tak sama macam form 4 & form 5.. Kena usaha lebih banyak membaca, kena tahu pengetahuan am, tahu isu-isu semasa.. Bukan belajar jew lain uniform pun lain tapi lain dekat kain jew larh sebab form 6 pakai kain hitam.. Kawan-kawan pun lain.. Setiap orang itu ada perbezaan dan kelebihan masing-masing..

Depan sekolah.. Hari terakhir syida
-Nadiah.Cyra.Aina.Syida.Tina.Emy-
Dalam kelas
-Beila.Tina.Me.Aina.Nadiah-


Dalam makmal
-Cyra.Aina.Nadiah.Tina.Syida-



Dormmate
-Nadiah.aku.Tina.Syida-

Masa karnival


Semoga aku dengan kawan-kawan aku berjaya dalam STPM ini.. akan datang STPM penggal 1 aku harap aku boleh buat yang terbaik..  Segala yang dirancang hanya akan terjadi jika diizinkan-Nya.. Sampai di sini jew larh coretan untuk kali ini.. Contengan Jalanan...